Pelajar

Asrama

Unit Asrama di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bertanggungjawab menguruskan kebajikan, disiplin, dan rutin harian pelajar. Setiap asrama diketuai oleh Guru Asrama dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (Guru Asrama dan Biro Asrama) yang memantau jadual harian seperti riadah, prep malam, dan waktu keluar homeroom.


MARA melantik bekas anggota tentera sebagai warden sepenuh masa di semua 58 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi memperkukuh disiplin serta mencapai sifar kes buli.

Inisiatif ini sedang diperluaskan ke semua maktab secara berperingkat. Setiap MRSM akan mempunyai empat warden sepenuh masa (dua lelaki dan dua wanita) yang turut bertindak sebagai murabbi. Pelantikan ini dibuat selepas projek rintis di beberapa maktab menunjukkan kejayaan cemerlang dalam membanteras masalah buli dan meningkatkan sahsiah pelajar.