Akademik

Jabatan Matematik

Jabatan Matematik MRSM Jeli terdiri daripada tiga unit utama, iaitu Unit Matematik, Unit Matematik Tambahan dan Unit Sains Komputer.


Jabatan ini dianggotai oleh 10 orang tenaga pengajar yang terdiri daripada lapan (8) orang guru Matematik/Matematik Tambahan dan dua (2) orang guru Sains Komputer. Subjek Matematik ditawarkan sebagai mata pelajaran teras kepada semua pelajar.


Subjek Matematik Tambahan pula merupakan subjek elektif yang ditawarkan kepada pelajar menengah atas, iaitu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Sementara itu, subjek Sains Komputer ditawarkan kepada pelajar Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 4. Jabatan Matematik menetapkan sasaran untuk memastikan semua pelajar mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran Matematik dengan memperoleh gred A dalam peperiksaan seperti SPM.


Bagi Matematik Tambahan, jabatan mensasarkan sekurang-kurangnya 60% pelajar memperoleh gred A, di samping memastikan tiada pelajar memperoleh keputusan gagal.