Program Khas
MARA YOUTH GIFTED & TALENTED (MYGIFT@4)
Setiap tahun pihak BPM menganjurkan pertandingan Tunas Saintis untuk menggalakkan budaya membuat kajian saintifik dikalangan pelajar-pelajar. Berdasarkan daripada pengalaman serta komen daripada guru-guru dan laporan science committee, kajian-kajian yang dijalankan mempunyai beberapa kelemahan dari segi merekabentuk kajian (research design) , kaedah kajian (research methodology) dan analisa statistik (statistical analysis). Wujud satu jurang dari segi ilmu pengetahuan kajian saintifik dari menengah rendah ke menengah atas. Hasil kajian pelajar di peringkat menengah atas masih berada pada tahap di menengah rendah.
Daripada dapatan kajian-kajian yang dibuat, didapati tahap keupayaan kemahiran saintifik yang tinggi mempunyai kesan yang positif terhadap conceptual understanding dalam subjek sains. Oleh itu dicadangkan program selepas PT3 digunakan sebagai program untuk memperkenalkan Proses Kajian Saintifik secara praktikal kepada pelajar-pelajar yang akan memasuki tingkatan 4 untuk meningkatkan conceptual understanding pelajar-pelajar dalam matapelajaran sains mereka.
Program ini berhasrat untuk memberi pendedahan awal tentang pemikiran saintifik dan inovasi kepada pelajar-pelajar sebelum mereka memasuki persekolahan menengah atas iaitu Tingkatan 4. Ia juga bertujuan memanfaatkan perluangan masa selepas PT3 supaya ia dapat digunakan sepenuhnya dengan memberi kesan yang lebih positif terhadap pemikiran saintifik dan inovasi. Jika program ini dapat dijalankan di semua MRSM menengah rendah, maka, BPM telah memainkan peranan yang unggul dalam melaksanakan program peningkatan modal insan dan menerajui satu program yang belum pernah dijalankan dalam sistem pendidikan negara kita. Program ini juga akan melibatkan latihan (training) kepada guru-guru yang mana secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap sikap saintifik mereka. Melalui program ini juga, tahap professionalisme dan ilmu pengetahuan guru-guru dapat dipertingkatkan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.
Pengisian Program
i. Team Building
ii. Kemahiran Soft Skills
iii. Kemahiran Proses Sains / Pemikiran Saintifik melalui Kajian Luar (Fieldwork).
iv. Aktiviti menjana pemikiran peringkat tinggi (HOTS) dan kreativiti.
v. Kaedah Membuat Kajian
vi. Merekabentuk Kajian
vii. Pengenalan kepada statistic
viii. Program Keusahawanan
ix. Penulisan dan pembentangan proposal
x. Khidmat Masyarakat
xi. Kemahiran Berteknologi
xii. Amal Islami
xiii. Karnival Sukan & Permainan
xiv. Moral dan Etika