Info MRSM

Aluan Pengetua

CHE AZURA BINTI CHE AN

CHE AZURA BINTI CHE AN

Pengetua MRSM Jeli

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, dan Salam Malaysia Madani.

Selamat datang ke Laman Web Rasmi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Jeli.

Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, platform digital ini dapat terus berfungsi sebagai jambatan komunikasi dan wadah informasi utama buat seluruh warga maktab, ibu bapa, alumni, serta masyarakat luar.

Sebagai sebuah institusi bumiputera yang bernaung di bawah MARA, MRSM Jeli sentiasa mendokong aspirasi untuk melahirkan modal insan yang holistik, cemerlang dalam bidang akademik, serta kukuh dari segi sahsiah dan kepimpinan. Di bumi bertuah Jeli ini, kami komited menyediakan persekitaran pembelajaran kondusif yang menekankan sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) selaras dengan keperluan era globalisasi.

Dunia pendidikan hari ini menuntut kita untuk sentiasa dinamik, kreatif, dan berdaya saing. Oleh itu, di MRSM Jeli, kami bukan sahaja memfokuskan kepada kecemerlangan gred peperiksaan semata-mata, malah turut menggilap bakat, inovasi, dan nilai-nilai murni dalam diri setiap pelajar. Kami percaya bahawa setiap anak didik yang menjejakkan kaki ke maktab ini mempunyai potensi besar untuk menjadi pemimpin masa hadapan yang berintegriti dan menyumbang bakti kepada agama, bangsa, dan negara.

Kejayaan sesebuah institusi tidak datang bergolek. Ia adalah hasil sinergi, komitmen, dan kerja keras yang tidak berbelah bahagi daripada barisan pendidik yang berdedikasi, staf sokongan, serta kerjasama erat daripada pihak Badan Muafakat (Ibu Bapa dan Guru).

Akhir kata, saya berharap agar laman web ini dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai visi, misi, pencapaian, dan aktiviti-aktiviti yang berlangsung di MRSM Jeli. Semoga segala maklumat yang dikongsikan di sini memberi manfaat kepada semua pihak.

Mari bersama-sama kita meneruskan legasi kecemerlangan MRSM Jeli dengan slogan kesayangan kita.

"Centre of Excellence."

Sekian, terima kasih.