Akademik

Jabatan Bahasa

VISI

 

Menjadi jabatan akademik yang menyediakan pendidikan berkualiti dan melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik.

 

 

MISI

 

Melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan seharian.


 

OBJEKTIF

 

(i)        melaksanakan pengajaran yang berkesan dan menarik minat pelajar.

(ii)      mereka bentuk dan merancang program dan aktiviti yang mampu memupuk bakat serta meningkatkan kebolehan pelajar.

(iii)     menjayakan program yang meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam akademik.

(iv)      melaksanakan inisiatif untuk meningkatkan tahap kompetensi guru-guru.

 

 

INISIATIF JABATAN BAHASA

 

Jabatan Bahasa memfokuskan kepada 4 inisiatif iaitu :

 

(i)       Pembangunan Kurikulum

(ii)      Pembangunan Pelajar

(iii)     Peningkatan Profesionalisme

(iv)     Fasiliti dan Perkhidmatan

 

 

TENAGA PENGAJAR JABATAN BAHASA

 

Jabatan Bahasa MRSM Jeli terdiri daripada dua unit iaitu Unit Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Guru-guru Jabatan Bahasa diperkasakan oleh 11 orang guru yang terdiri daripada enam orang guru bahasa Melayu dan lima orang guru bahasa Inggeris. Jabatan Bahasa diterajui oleh Ketua Jabatan Bahasa dan dibantu oleh Guru Kanan Bahasa Melayu yang mengetuai Unit Bahasa Melayu dan Guru Kanan Bahasa Inggeris yang mengetuai Unit Bahasa Inggeris.


KETUA JABATAN BAHASA

 

Seramai empat orang Ketua Jabatan Bahasa pernah berkhidmat di MRSM Jeli seperti senarai yang berikut :

 

(i)       En. Mohd Zaki bin Ab. Rashid (Tahun 2001 - 2008)

(ii)      En. Maswan bin Mukhtar (Tahun 2008 - 2010)

(iii)     Pn. Badrunnisah Iqbal Ahmad (Tahun 2010 - 2014)

(iv)     En. Zamri bin Ab Aziz (Tahun 2014 - sekarang)


SASARAN AKADEMIK

 

Jabatan Bahasa menyasarkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan khususnya dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sasaran yang ditetapkan adalah seperti yang berikut :

 

(i)       Bahasa Melayu GPS : 0.504

 

(ii)      Bahasa Inggeris GPS : 1.824